Ramai orang rugi bukan sebab pilih saham salah.

Sebab beli saham betul pada masa yang salah.

Saham paling power pun jatuh bila seluruh market turun. Saham biasa-biasa pun naik bila market rally.

So sebelum tanya "saham apa nak beli?", tanya dulu:

"Market sekarang dalam mode apa?"

Ini yang aku panggil market regime. Dan korang boleh baca dia dalam 5 minit setiap pagi. Ni caranya.

Market cuma ada 3 mode

Orang buat bunyi macam complicated. Sebenarnya market sentiasa dalam salah satu dari 3 ni:

1. Risk-on. Index trend naik, majoriti saham ikut, volatility rendah. Lampu hijau. Ni je masa yang berbaloi untuk cari saham.

2. Risk-off. Market tengah distribution, saham yang naik makin sikit, fear makin tinggi. Masa ni kerja kita satu je: jaga modal. Bukan cari hero.

3. Transition. Signal bercampur. Separuh kata naik, separuh kata turun.

Zon paling bahaya.

Dan di sinilah kebanyakan orang hilang duit. Sebab paksa diri trade masa market sendiri pun tak tahu nak ke mana.

Satu line untuk korang ingat:

Kalau tak boleh classify market hari ni, belum layak tekan buy hari ni.

3 signal je yang perlu check

Tak payah 20 indicator. Tiga ni cukup.

Signal 1: Index trend

Buka SPY dan QQQ, daily chart. Tengok harga vs EMA 20 dan EMA 50.

Signal 2: Breadth

Breadth jawab satu soalan: berapa ramai saham yang betul-betul ikut naik?

Tengok peratus saham atas 50-day MA.

Index naik tapi peratus ni makin kecil? Maksudnya rally tu ditanggung beberapa nama besar je. Rally macam tu rapuh.

Index boleh nampak cantik, sedangkan majoriti saham dalam market dah mula jatuh senyap-senyap.

Signal 3: VIX

VIX ni fear meter market. Baca ikut zon:

Spike VIX mungkin jadi peluang nanti. Tapi dia bukan signal masuk hari ni.

Rutin 5 minit aku setiap pagi

Sebelum tengok apa-apa saham individu:

5 minit. Routine sama, setiap hari.

Buat consistent beberapa minggu, korang akan perasan satu benda:

Kerugian besar dulu-dulu tu, hampir semua berlaku pada hari yang, kalau buat check ni, memang takkan trade pun.

Entry boleh salah. Regime tak boleh.

"Tapi aku tak sempat nak check semua ni"

Faham. Sebab tu aku bina EMC Terminal.

Dia baca regime, sector leadership dan momentum quality dalam satu screen. Siap ada universe saham patuh Shariah.

Free trial 7 hari. Cuba dulu, komit kemudian.

Dan kalau nak framework penuh, bukan setakat regime, tapi sampai sector rotation, stock selection dan trade planning, tu aku ajar dalam EMC Masterclass dan Private Coaching.

Mula dengan regime. Benda lain datang lepas tu.

Clarity Before Capital.

Belajar framework penuh yang aku guna dan ajar setiap hari.

Tengok pilihan coaching

Hassan Hashim ialah Market Representative berlesen Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Artikel ni untuk pendidikan, bukan nasihat kewangan atau saranan beli/jual.